Thursday, December 23, 2010

Apa Orang Malaysia Buat Di Dalam Bas?

tinggal di kedah yang permai dan belajar di bangi yang maju menyebabkan aku terpaksa naik turun flight selalu. okay exaggerate sedikit. tak naik flight pun, cuma naik turun bas saja. haha. jadi setelah menjadikan aktiviti naik turun bas sebagai hobi tetap, aku ada perhatikan sedikit sebanyak apa yang orang malaysia selalu buat dalam bas.

berikut adalah jenis- jenis orang yang aku selalu elak dan aku harap aku tak tergolong dalam golongan ini :

1. peramah tak ingat dunia. jenis yang macam ni, dia terlebih mesra rakyat sikit. hampir semua orang dalam bas dia nak tegur. ada pernah sekali tu, aku baru nak duduk. tiba-tiba ada seorang lelaki sebelah kiri aku tegur, "nak pegi mana?". aku jawab. dia tanya lagi, "nak buat apa? orang sana ke?". aku senyum dan jawab lagi dan dia tanya lagi, "seorang saja ka?". haih abang oi. banyak betul soalan dia. *bisik hati kecil aku* aku pun jawab sepatah. dan apabila dia toleh ke arah lain, cepat-cepat aku pakai earphone. aku buat-buat tidur. guess what? aku dengar dia borak dengan orang sebelah lain pulak. aku pedulikan. bila dia nampak aku buka earphone, terus dia tanya aku soalan bertalu-talu. aduhai. abang oh abang, saya naik bas bukan nak beramah mesra dengan abang atau nak tambahkan lagi contact list. bunyi sedikit angkuh di situ tapi agak-agak lah kalau nak ramah sangat pun. apa yang ajaibnya, bila dia turun dari bas, suasana macam sunyi tiba tiba. haha.

2. volume kuat. ni jenis yang aku tak berapa nk gemar sangat. jenis yang cakap telefon kuat-kuat. saya tahu akak ada handphone, saya takda. sila hormat penumpang lain. cakap tu berpada-pada sikit, saya tak berminat nak tahu perbualan akak tu. ada seorang pak cik ni, berborak tak nak kalah. main beribu-ribu ringgit. cakap kuat pulak tu, "hah! duit 5 ribu hari tu dah habis dah, ni ada lagi duit 5 ribu kat aku ni". aku tak hairan kalau turun dari bas tu, pak cik kena culik. dia yang mengundang. lepas tu, handphone dia tak berhenti berbunyi pula tu. ye lah pak cik, saya takda duit beribu-ribu, pak cik seorang ja yang ada.

3. drama queen. ouh yang ni aku sangat-sangat tidak gemar. SANGAT OKAY. ada sekali tu, baru dapat lelap mata. tiba-tiba aku dengar suara orang menangis teresak-esak. aku tengok luar. gelap. banyak pokok. aku cakap dalam hati, "ponti oh ponti, aku tak kacau kau pun. kau jangan kacau aku". aku ingat dah okay. rupa-rupanya makin teruk dia menangis. aku tengok orang sebelah, dia tidur cool ja. orang depan tidur sampai senget-senget kepala. haih. aku dah pelik tapi maintain cool lagi. aku tengok orang belakang. dia tengah menangis. huh. lega! aku pun sambung tidur balik. baru ja nak lelap mata sekali lagi. aku dengar orang cakap, "abang la gatal! sayang dah cakap jangan curang. abang degil. sayang benci abang. bla bla bla". biasa lah malam kan. jadi, satu bas senyap. dia cakap macam berbisik, tapi macam bisik kat telinga aku. aduh, kacau daun! "sayang benci abang!". haha. pulak dah. adik oh adik. kalau dah benci sangat, end call, off your phone, tidur. esok bila dah tak benci, call balik. ini bukan sekali dua ja tau. banyak kali jadi. mungkin orang tak perasan, tapi orang depan boleh dengar apa yang orang belakang cakap. jangan nak berdrama sangat.

4. berdengkur. yang ni memang tak boleh nak elak dan aku pun tak salahkan mereka yang berdengkur. tapi kalau dah tau awak tidur berbunyi, apa salahnya pakai breath right tu. aku kalu seorang berdengkur tu takpa. boleh handle telinga lagi. tapi kalau dah tiga empat orang dalam satu bas berdengkur macam nak buat orchestra dengkuran, lemah jugak aku.

5. ibu jari bengkak. ni bengkak bukan sebab terketuk dengan hammer atau apa. tapi sebab rajin ber-sms. yang ini tak salah tapi jadi annoying bila telefon kau orang setiap satu minit bunyi. satu minit bunyi. lagu pulak tak nak kalah. bukan setakat ting tong, nak lagu rihanna ja. tak pun justin bieber. sikit sikit, "baby baby baby ouhhhh". apa salahnya kalau dah tahu nak ber-sms dgn kencang, kau orang tukar message alarm ke bunyi yang kurang annoying bila berbunyi berkali-kali. atau pun silence saja. kan tak mengganggu orang lain kan. mungkin juga orang tak perasan, tapi bila dah baca ni, harap faham sendiri okay.

6. artis hebat. haha. kes ini boleh jadi annoying dan juga kelakar. ada jenis orang yang dengar lagu, pakai earphone, dan turut bersama-sama menyanyikan lagu yang dia dengar agar semua orang tahu yang handphone dia canggih. boleh simpan lagu. pernah sekali, aku dengar orang depan aku mengerang kesakitan. aku ingat kan dia sakit ke apa, rupa-rupanya dia tengah menyanyi. lagu apa yang dia dengar pun aku tak tahu sebab aku pun tak paham. orang sebelah aku dah bantai gelak gelak. kadang-kadang kita tak perasan yang kita nyanyi kuat. jadi tips nya, slow kan volume lagu supaya kita boleh dengar suara kita sendiri. baru tahu kuat ke tak. pernah juga ada kes macam ni. perempuan yang nyanyi. amboi nyanyi tak nak kalah. kuat gila dan sangat mengjengkelkan. aku rasa macam nak berdiri depan dia, cabut earphone dan pijak pijak! haha zalim.

aku faham yang masing-masing beli tiket dengan harga yang sama. masing-masing ada hak sendiri dalam bas. suka hati la nak buat apa pun kan. tapi beragak la, jangan sampai kacau hak orang lain. sekian :)

ps : yeahh! ini entry paling panjang aku pernah buat. tepuk tangan sikit!

Thursday, December 16, 2010

< 3

Dear Love,

please know that I am INCOMPLETE without YOU. I know I make mistakes, but please dont give up on me. You make me happy and I'm gonna be with who makes me happy, no matter what anyone thinks.

Sincerely Ruzanna.

I Want Them Back

friends.
boyfriend.
super great dad.

i lost them all at once.
i have no one to keep me company.
to tell me 'you're gonna be okay. i'm with you'.

god. please, i need them back.
they are my strength.
they are my future.

ps : ya Allah, tolong dengar doa saya.

Wednesday, December 15, 2010

Boyfriend Baru

next future boyfie.
sila berambut begini, please.
haha. :)

jangan risau.
saya masih setia.
saya tunggu awak di sini. :)
haih. haih. haih.
perasaan oh perasaan.
pergi jauh-jauh lah.
cut!

Pembetulan Azam Baru

ada orang kalut suruh aku shuffle balik azam baru aku. (refer to previous post) haha. ini wish list lama :


setelah aku penat berfikir dan memerah otak. (tipu je ni) dan akhirnya, ini wish list baru :
  1. solat cukup 5 waktu.
  2. achieve and maintain 55kg.
  3. 3 pointer or above for upcoming semester.
  4. fully attend all classes.
  5. save up rm5 per day.
  6. less shopping.
  7. more stylish. :P (orang yang complaint cakap tak perlu tapi nak jugak)
  8. tuntut triple birthday present from someone. (i know you read this. jangan nak buat tak tahu)

Sunday, December 12, 2010

Azam Baru

result exam dah keluar. alhamdulillah. it's better than last semester. ada lagi 3 semester. berusaha lagi ya, ruzanna. :) sempena semester baru dan juga tahun baru ini, aku dah list down beberapa azam baru :

  1. achieve and maintain 55kg.
  2. 3 pointer or above for upcoming semester.
  3. fully attend all classes.
  4. save up rm5 per day.
  5. less shopping.
  6. more stylish. :P
  7. solat cukup 5 waktu. (sepatutnya ini di atas kan. hihi)

Tuesday, December 7, 2010

Cubaan Pertama

human life is lost in waiting

meet Muhammad Haziq B. Muhammad Hamadi

Alor Star tanah tumpah darahku

a soul without a mate.

Saturday, December 4, 2010

4 December 2010

today :
4 december 2010
it supposed to be our 2nd anniversary.
damn!

Sunday, November 28, 2010

Si Teruna Dan Si Dara (Part 2)

ingat lagi kisah si teruna dan si dara? siapa kata kisah mereka tiada sambungan. setelah 2 hari asyik berbalas senyuman dan ber'morning' wishes...

si teruna : morning.
si dara : (ketawa) morning again?
si teruna : ops. i dah wish morning kat you eh?
si dara : hari ni dah 3 kali. semalam pun 3 kali. hari tu, only twice.
si teruna : (ketawa) i terlupa. nama you ruzanna kan?
si dara : eh? mana you tau?
si teruna : i dengar kawan you panggil.
si dara : oh okay.

bla bla bla bla. this conversation was quite long. tanya itu ini. merapu itu ini. so, i just straight to the end, okay...

si teruna : ruzanna, can you leave me your phone number?
si dara : haa? what for?
si teruna : sebab saya nak berkenalan dengan awak.
si dara : hmm...just add me on facebook or yahoo messenger. boleh?
si teruna : cool! give me your e-mail.

gigih kan si teruna mendapatkan si dara. begitulah sambungan kisah mereka. apa yang akan berlaku? sama-sama kita nantikan.

Friday, November 26, 2010

Thursday, November 25, 2010

Hey Lelaki Yang Mati Perasaan

saya tahu awak takda perasaan
tapi jangan libatkan saya dalam dunia takda perasaan awak tu
it's annoying, dear.
kalau tak mahu, cakap tak mahu.
jangan buat saya hilang sabar.
selagi saya boleh sabar, saya cuba.
tapi once i'm move on.
awak akan menyesal.
trust me.

Si Teruna Dan Si Dara

pada suatu hari, si dara sedang bersenam bersama 2 orang rakannya, si jelita dan si anggun. tiba-tiba datang si teruna menyapa si dara...

si teruna : hai.
si dara : (senyum)
si teruna : i selalu nampak you.
si dara : (senyum lagi)

si jelita dan si anggun sudah jauh meninggalkan si dara. memberi ruang pada si dara dan si teruna...

si teruna : awak ni bisu?
si dara : (ketawa kuat-kuat) perli ka buat lawak?
si teruna : (ketawa) can i have your phone number?
si dara : i don't know you. i need to go. kawan-kawan i tunggu.
si teruna : oh. can we talk again?
si dara : insyaallah with god's will.
si teruna : nanti i datang jogging, i cari you. i nak jumpa you lagi.

tamat kisah si teruna dan si dara untuk hari ini...

SPM

kisah tengahari tadi di Secret Recipe. saya bersama cinta hati. :) tiba-tiba, ada sekumpulan budak lelaki yang memakai baju sekolah duduk bersebelahan meja kami. (hebat budak sekolah zaman sekarang. lepak di tempat mahal) tengah berbincang pasal exam. ada yang boleh jawab. ada yang sedih menonggeng tak dapat jawab. rasa macam comel kan situasi macam tu.

okay. post ni sebenarnya nak wish kepada adik-adik tadi dan juga yang sewaktu dengannya supaya dapat jawab exam dengan cemerlang. :) ALL THE BEST, ADIK-ADIK.

Tuesday, November 23, 2010

Mahu Tapi Malu

nak ke taknak?
nak ke taknak?
nak ke taknak?
nak ke taknak?
nak ke taknak?

dalam hati nak. hehe.
hmm..tengok lah macam mana jumaat ni.
kalau discharge sebelum jumaat. baguslah!
rasa macam dah lama tak tengok dunia.
padahal baru 2 hari.


Monday, November 22, 2010

Bad News Again

doktor dah cuci tempat yang berjangkit.
kena tunggu feedback dulu.
positive or negative.
ingat dah boleh balik rumah.
damn!

lepas cuci, lelap mata.
konon-konon tengah tidur lah kan.
dengar doktor cakap 'takda harapan'
apa yang takda harapan?
seharian aku fikir sampai migrain.
nasib baik dah lega demam.
damn!

lepas satu, satu yang berlaku. bila nak berhenti agaknya. aku dah penat. aku dah give up. rasa macam dah malas nak hidup. ya Allah..

Tiba-Tiba Teringat

"kalau awak sakit, saya janji akan jaga awak sampai sembuh"

dulu, aku rasa nak masuk hospital hari-hari.
sekarang, dah sampai masa masuk hospital takda pun bayang-bayang dia.

cut! jangan pikir dah boleh?


kawan-kawan semua. saya minta maaf. terpaksa tipu kawan-kawan. pergi jogging. pergi shopping. teman mama. kena cat rumah. macam-macam alasan saya bagi. bukan sebab saya tak mahu keluar malam semalam dan hari ni. tapi, saya di hospital. breast infection dah makin teruk. :( saya malas nak buka cerita pasal ni. saya tak cerita kat siapa-siapa pun. sebab saya malu. saya taknak risaukan orang lain. saya boleh tanggung sendiri.

kawan-kawan. saya minta maaf. doakan saya sembuh. :'(

Sunday, November 21, 2010

Bad News

holiday dengan cinta hati hancur. hari ini sepatutnya jadi hari paling bahagia buat kami. tapi aku dah rosakkan segalanya. :( holiday yang dirancang setelah sekian lama was end up with tears. it supposed to be from saturday until monday. sorry babes. i'm so sorry.

breast infection dah makin teruk. keluar bisa dan nanah yang sangat menggelikan okay. i was hospitalized just now. duduk atas katil macam orang bodoh tahan sakit. nasib baik boleh online. tak payah layan sakit sangat. :)

ya Allah. ampunkan dosa2 terdahulu aku. jangan seksa aku lagi. aku merayu padamu, ya Allah. :'(

Saturday, November 20, 2010

I'm In Love

jumpa cinta hati baru.
nervous sangat.
i'm away until monday.
holiday dengan cinta hati.
doakan kami bahagia.
tiada lagi kisah sedih aku.
insyaallah. :)

Friday, November 19, 2010

Aku Seksa Diri Aku Lagi

dia lebih gembira tanpa aku.
dia lebih bahagia tanpa aku.

dia sanggup buang aku dalam hidup dia.
dia sanggup jadi lelaki dayus.

dia lupa kenangan kami.
dia lupa semuanya dengan mudah.

ini muktamad. aku dah nampak buktinya. kehidupan dia lebih baik tanpa aku. dia sanggup buat aku macam ni. mudah kan. 2 tahun dia tabur janji dan sumpah. 2 tahun juga aku pegang janji dan sumpah dia. akhirnya, 2 minggu dia lupakan semuanya sekelip mata.

awak cakap hati awak kosong. awak cakap awak tiada perasaan. tapi keadaan awak tak seperti yang diberitahu kan. makin hari hati saya makin sakit. saya makin dikecewakan dengan harapan dan doa saya sendiri. ya Allah.......

Ruzanna Bodoh

aku fikir..
kalau ini yang dia mahu.
aku akan berikan.

aku fikir..
kalau dia tak mahu.
aku pun tak mahu.

aku fikir..
kalau dia tak mulakan dulu.
aku yang mulakan dulu.

tapi...

aku bodoh..
masih mengejar dia.
padahal dia dah lari lebih jauh.

aku bodoh..
masih mengharap dia.
padahal dia dah tak beri harapan pun.

aku bodoh..
masih bersedih tanpa dia
padahal dia lebih gembira tanpa aku.

aku bodoh..
masih teringatkan kenangan bersama.
padahal dia dah buang jauh2 pun.

Tuesday, November 16, 2010

Monday, November 15, 2010

For You

hey love, this is for you. :)

falling in love with me isn't always going to be easy.
anger, laughter and tears.
it's when you want to be together despite it all.
that's when you truly love another.
i'm sure of it.

Friday, November 12, 2010

Tanahair Saya

hey, i'm homey.
seronok. seronok. seronok.
apa nak buat yeah?
hehehe.
adalah.mana boleh bagitahu sini.
lepas satu bulan baru boleh bagitau.
tunggu ok? :P


maybe by smoking i can get my dream body shape. :D
untuk kurus takpa kan? :/


Wednesday, November 10, 2010

Supermom

thanks, mama. :')
i'm a supergirl. hehe.

Tuesday, November 9, 2010

Cukup Seksa Diri Kau, Ruzanna

jauh di sudut hati aku
"masihkah ada peluang antara aku dan dia"

jawapan hati aku
"ya Allah, aku mengharapkan peluang darinya"

okay. fine, ruzanna.
cakap taknak fikir lagi dah.
cakap nak lupakan dia.
cakap taknak berharap lagi.
cakap nak mulakan hidup baru.
cakap itu cakap ini cakap macam2.

yes. sebenarnya aku tipu.
aku rindukan dia.
aku masih sayangkan dia.
aku masih harapkan peluang dari dia.
aku berharap dia masih sayangkan aku.
aku berharap pintu hati dia dibuka untuk aku.

tapi, itu semua angan2 aku.
dah. dah. cukup, ruzanna.
you have to move on.
please. pity yourself.
cut!

Doa Buatmu

hari ni emosi aku kurang stabil.

kenapa?

entahlah. mungkin aku teringatkan dia.

yes. suddenly, he crossed my mind like a wind.

haihhh....

ya Allah. ya Tuhanku. jika dia bukan jodoh aku, kau buanglah perasaan sayang dan cinta ini terhadap dirinya. tabahkan hati aku dan kuatkan iman aku.

ya Allah. ya Tuhanku. jika dia jodoh yang Engkau berikan pada aku. satukan kami. bukalah kembali pintu hatinya untuk aku.

ya Allah. ya Tuhanku. aku berdoa agar Kau makbulkan doa-doaku ini.

amin. :')

tak pernah lagi aku skip doa ni setiap kali selepas solat. insyaallah. aku taknak berharap. aku hanya mahu berubah demi diri aku sendiri.

Sunday, November 7, 2010

My Superhuman

terima kasih, kawan-kawan.
di saat aku down. di saat aku dikecewakan.
mereka ada bersama aku.
no words can replace how much i appreciate them.
introducing sharina, maslina and atiqah.


they are currently my sweetest drugs :)

okay. ini gemuk. azam baru nak kurus. haha.

thanks, sharina. awak selalu ada dengan saya.
saya sayang awak. :*

and ohh, thanks to Umar too. (not omran okay :P)
kau selalu pinjamkan telinga buruk kau untuk aku bercerita. hehe. :P


kadang-kadang dalam hidup ni, tak semua benda kita akan dapat. kadang-kadang dalam hidup ni, kita perlu lepaskan benda yang kita sayang untuk dapatkan hidup yang lebih baik. aku percaya setiap benda yang berlaku pasti ada hikmahnya. aku percaya Allah juga selalu bersama aku. kepada orang yang pernah aku sayang, terima kasih buat aku lebih matang. terima kasih juga buat aku lebih tabah. aku sedar salah silap aku dan aku sedang berusaha untuk berubah. aku akan buktikan bukan hanya pada kau tetapi pada semua yang aku mampu lakukannya. aku akan simpan pengalaman bersama kau untuk aku jadikan pemangkin kejayaan aku. bila sampai masanya nanti, pengalaman itu akan aku buang jauh-jauh. insyaallah. aku tahu aku boleh. hey, i need to move on. tiada lagi post yang beremosi meruntun jiwa, okay. haha. now i realized that forever is too short. :)

Saturday, November 6, 2010

Letter 2

I'm sorry for all the times I've cried,
I'm sorry I was never enough,
I'm sorry I just wasn't tough,
Sorry I couldn't make you smile,
Sorry I didn't make you stay a while,
I'm sorry I have to call you my ex,
I'm sorry you broke my heart,
I'm sorry I tore you apart,
I'm sorry we can't get along,
I'm sorry, I cry to every song,
Sorry I hang my head, eyes always on the ground,
Sorry we couldn't make it,
Sorry I just couldn't take it,
Sorry we never meant much,
Sorry you loved to touch,
Sorry you couldn't see past my looks,
I'm sorry for every part of me you took,
I'm sorry for all the pain you've caused,
I'm sorry I let you in at all,
I'm sorry you don't deserve me in any way,
I'm sorry we will never again meet,
I'm sorry this as far as we will see,
Never past the words I'm sorry to the broken trust,
I'm sorry we just weren't meant to be,
And I'm sorry you feel you never hurt me,
What I'm sorry for most of all,
Is how I'm just say sorry,
I haven't been sorry at all before.

Letter 1

please give back my happiness
i really need it ;(

what im waiting for?
yes im waiting for him
only HIM
no one else
but until when?
when my heart has no feeling anymore?
naaah
should i give up?
ouh god
please make me strong
strong than before
for me to face all this
;(

aku menyesal sekarang.
sumpah, aku menyesal.
aku cuma mengharapkan satu lagi peluang.

Thursday, November 4, 2010

Unstable Emotion

sedih
sedih
sedih
sedih
sedih


sumpah, aku sedih. :(

Ujian Tuhan

ini 4 hari lepas punya cerita...

1 NOV 2010
11.20 pm
suddenly i'm thinking of mama. so, i sent her a goodnight message. then, i went to bed.

2 NOV 2010
1.45 am
mama called. she told me 'rumah banjir. mama tengah siap2 nak keluar rumah. ayah outstation'. then, she ended call. i cried all night long until i sleep back. :(

10.00 am
mama texted me 'so sad when i have to go through all this without my husband and my children by my side'. i cried. i texted abg zul and kak siti. they asked me to calm down and focus on my exam first.

12.00 pm
i went to exam hall with an empty mind. :'(

3 NOV 2010
1.30 pm
mama called me. she told that ayah and her will be going back home and start cleaning. thank god. mama said 'sedih tengok rumah. all messed up'. we cried.

4 NOV 2010
2.24 am
i texted mama and ayah. i said i'm sorry that i couldn't be there to help them to clean the house.

Wednesday, November 3, 2010

Cerita Seram

kawan-kawan semua!
pernah tak kawan2 di 'approach' oleh seorang lelaki?
maksud saya, a bodybuilder guy.
macam di bawah ni. hihik. :)
badan dia sebijik macam ni okay.

well, saya sedang mengalaminya sekarang.
he's a guy from IRAN. he's taking PHD of ENGINEERING.
he's approaching me to be his girlfriend.
ohmaigod. scary lah wehh. :/
i need to be more careful after this.
bantu saya kawan-kawan.


Saturday, October 30, 2010

Lovely Drugs

MICHEAL SCOFIELD
he's doing great in prison break.
meowww. :*
HAYDEN CHRISTENEN
he's doing much greater in star wars.
rawwrrr. :D



they are my current addiction.
can i have them? hee.

Boo, It's For You

it's 8.00 a.m
and i'm awake. *yawn.

everything is fine.
i mean every single thing.
why my heart beats faster than usual?
hey, i know i miss you.


boo, i miss you so much. :(

Friday, October 22, 2010

Final Exam


currently :


at LIBRARY with them. :)

Saturday, October 9, 2010

Three Stooges

presented us as the three stooges. :P
ini adalah muka sebelum kami mabuk.
suci murni kan. haha.



the three stooges in action.
sila lihat muka suci murni kami selepas mabuk. :D

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

enjoy watcing. hehe. don't get drunk too!


okay. that's all from the three stooges.
macam ramai ja yang dah muntah darah tu.
see you next time.
duh-daa. *hugs and kisses :)

Head Is Under Construction

current mood : ting tong. :D

hari ini sangat hectic tahu tak!
bermula dengan perjumpaan ko-k dari 10.30am hingga 1pm.
next, ke library bersama maslina dan sharina dari 3pm hingga 5pm.
first time jogging di tasik kejuruteraan dari 5.30pm hingga 7pm.
pukul 8.30pm, ke panggung seni tengok festival seni tari.

last activity of the day. jeng. jeng. jeng. :)
camwhoring bersama maslina dan sharina juga di DECTAR dari 10.15pm hingga 11.30pm


Friday, October 8, 2010

Next Movie, Please

nak tengok movie lagi boleh? nak ni. nak ni. please, sayang. :/

versi 4D tak keluar kat panggung pun. ada versi 3D ja.
aku tengok versi 4D kat genting dulu. supercool!
duration cerita tak lama. about 20 minutes kot.
bayangkan tengok versi 4D dengan kerusi yang boleh gerak2 tu.
tangan asyik gerak2 ja nak pegang cartoon tu.
lepas tu, ada pulak angin2 keluar dari atas bawah depan belakang.
memang superdupercool tau!

ps : aku harap ada orang sudi bawak aku tengok movie ni versi 3D :P

Movie Marathon

ini last 2 weeks punya cerita. when i was in Genting Highland with my another half. we made a movie marathon the whole day. 3 movies in a day okay. i was like dah juling2 biji mata tengok big screen tu. haha.


5 stars for this movie. rugi tak tengok. :)

i watched this movie twice.
with my another half and later with my friends.
3.5 stars for this movie.

i fall asleep when we watched this movie.
so, i can't rates this movie. :P

Thursday, October 7, 2010

A Temporary Goodbye

SITI ZAHRAH BINTI SAMSUDIN
see you soon, babe.
get well soon and be patient.
we love you :)
and of course, we are going to miss you.

Monday, October 4, 2010

Adik Ummi

hai kawan-kawan semua. post kali ni adalah mengenai adik saya Ummi Salwa Johan. (betui dak eja nama adik macam ni) ahha. mengapa saya nak bercerita pasal dia? ini kerana, blog ini adalah blog saya. jadi, suka hati saya lah. haha. eh tak. ini kerana, dia juga ada cerita pasal saya di blog dia. tapi entry saya lagi panjang dan lagi banyak gambar. kan ummi kan. :P

first meeting. :)

second meeting at my house :D

third meeting :*

comel kan adik saya. (baik angguk) saya sayang dia dan saya sangat rindu dia okay. :) sekian, terima kasih. :)


Sunday, October 3, 2010

Kami Bukan Materialistic

hai. saya Ruzanna. saya berumur 21 tahun pada tahun ini. saya adalah seorang pelajar tahun ke-2 di Universiti Kebangsaan Malaysia. saya mengambil jurusan Sains Bahan atau nama popularnya Materials Science. walau bagaimanapun, kami bukan materialistic tau! (ok.ini bodoh)

apa itu Sains Bahan? oh. selalunya saya akan jawab 'sains bahan ni lebih kurang macam budak engineering belajar. cuma kami tak sehebat mereka'. puas hati? haha.

kenapa saya mengambil jurusan ini? sebenarnya, ini semua adalah pilihan ayah saya. ayah saya telah menggunakan kuasa diktatornya untuk menentukan masa depan saya. pada mulanya saya rasa ini sangat tidak adil. saya rasa seperti ingin makan aiskrim banyak2. (motif apakah??) haha.

namun, kini saya rasa bersyukur kerana jurusan ini bukan sahaja mempunyai bidang perkerjaan yang luas malah budak2 materials juga sangat hebat! saya sayang kalian hoi. maaf kalau dulu saya sombong dengan kau orang semua. tapi sekarang kita dah macam adik-beradik kan. (ini tipu. haha)

ps : abaikan gaya tulisan aku yang macam budak darjah 1 buat karangan dan juga tajuk yang tiada kena mengena dengan isi kandungan entry. haha. gambar later on lah ya kawan2. :P

Gotcha!

just went back from 1 hour class.
from 8 til 9 am.
i'm thinking of my cozy bed.
i wish i could sleep back.


BUT


suddenly i have my blogging mood.
bukan senang nak ada mood macam ni kan. :P

Wednesday, September 22, 2010

Doa

ya Allah..
tolong berikan aku kekuatan
untuk menempuhi dugaan Mu

ya Allah..
tolong kuatkan iman aku
untuk sabar dalam setiap dugaan Mu

ya Allah..
tolong tabahkan hati ku
untuk terima apa saja dugaan Mu

amin ya rabbalalamin. :)

Tuesday, September 21, 2010

Saya Rindukan Mereka

aku pelik. kenapa orang lain boleh gembira setiap masa? kenapa orang lain gembira sangat nak balik UKM? kenapa orang lain boleh gelak kuat-kuat macam tiada masalah lansung? kenapa orang lain boleh ke kelas dengan senang lenang?

tapi kenapa orang lain dan bukannya aku?

masalah aku tak besar sangat pun cuma aku rindukan rumah. dah 2 hari aku di UKM. setiap malam aku menangis teringatkan mama dan ayah. susahnya hidup berdikari. susahnya hidup sendiri tanpa mama dan ayah di sisi. lebih susah lagi jika hidup ini tiada mereka.

aku rindu saat2 aku bersama mama. tiap2 malam mama temankan aku tengok movie. macam2 movie kami tengok sama2. mama selalu dengar aku bercerita. macam2 cerita aku ceritakan. kadang2 benda yang sebesar kuman pun aku bagitahu. tapi mama tak penah merungut. mama setia dengar aku berceloteh. tapi..di sini tiada siapa pun nak temankan aku tengok movie. di sini tiada siapa pun nak dengar cerita aku.

aku juga rindu saat2 aku bersama ayah. tiap2 malam aku bancuhkan ayah air teh. macam2 complaint yang ayah bagi. manis sangat lah. nak gelas besar lah. macam2 lagi. tapi aku tak kisah pun. janji aku buat dengan penuh kasih sayang. masa cuti hari tu, aku demam. ayah yang jaga aku. sibuk dia carikan ubat, masakkan bubur nasi dan jaga aku sampai sembuh. tapi..di sini tiada siapa aku nak bancuhkan air. di sini tiada siapa nak jaga aku.

aku rindu mama. aku rindu ayah. sumpah. aku tak tipu. :'(

Homesick

aku rindu mama.
aku rindu ayah.

tiap kali memikirkan mereka.
air mata aku menitis.

aku sunyi di sini.
di sini tiada apa-apa.

lain lah di sana.
rumahku syurgaku.

ada mereka yang selalu ada bila-bila masa untuk aku..

Monday, September 6, 2010

Hey, Ini Untuk Kau

kau tahu tak ?
kau tak buat aku yakin dengan kau.

kau tahu tak ?
kau tak pernah buat aku percayakan kau.

kau tahu tak ?
kau suka sakitkan hati aku.

kau tahu tak ?
kau selalu tak serious.

kau tahu tak ?
kau selalu main main.

kau tahu tak ?
kau tak faham apa aku nak.

kau tahu tak ?
kau selalu buat aku kecewa.

kau tahu tak ?
kau selalu buat aku kecik hati.




TAPI...




aku tahu..
kau dah cuba yakinkan aku.

aku tahu..
kau selalu suruh aku percayakan kau.

aku tahu..
kau selalu tak sengaja sakitkan hati aku.

aku tahu..
kau sebenarnye serious.

aku tahu..
kau kadang kadang tak main main.

aku tahu..
kau cuba faham dan tunaikan ape yang aku nak.

aku tahu..
kau selalu tak sengaja buat aku kecewa.

aku tahu..
kau selalu tak sengaja buat aku kecik hati.



even I'm using harsh words, you will never give up
hey, i love you. bear in your mind, okay. :)

Tuesday, August 31, 2010

First Vacation

tadi godek-godek hard disc. buka folder gambar. klik sana. klik sini. nampak gambar2 ni. senyum sampai ke telinga. tiba-tiba teringat memori lebih kurang 2 tahun lepas. aku ingat lagi. hati berdebar2. seriously, tak tipu. masa ni malu2 lagi. nak kentut pun control lagi. haha. sekarang? duduk sebatu pun dah boleh dengar. *blushing.

island hopping

officially taken by him.

at langkawi cable car

yes. we are so in love.

langkawi in memory.


NEXT VACATION : GENTING HIGHLAND.

Friday, August 27, 2010

Saya Perlukan Mereka

Khalid Bin Mahmud
Noraini Binti Abd Rahman
Zulkhairi Bin Khalid
Siti Norliyana Binti Khalid


ada mereka ni pun dah cukup kot.
boleh jadi keluarga dan teman susah senang aku.
takda yang lain pun takpa.
especially KAU!

eh! menyesal aku beli baju raya sama warna dengan kau.
kau dah ada orang lain. apa guna lagi aku kan.

Ada Beza Tak?

dengan girlfriend = saya awak, i you.
dengan kawan = saya awak, i you.

senang cerita :

girlfriend = kawan.
takda apa yang special. aku yang melebih-lebih.

Love Letter

someone posted this to his wall.
okay. he's going to meet this girl another 21 days.
i bet it's just him and her.
*bodoh!



yes! i tak kisah you nak kawan dengan mana2 perempuan pun. but please take care of my tiny little heart. i jealous, i marah and i sakit hati. i wish i could terminate her in your life forever. but that's impossible because i know you will choose her than me. you kan sanggup hilang girlfriend dari hilang kawan. bravo, sayang. now, i don't have any feeling to pick up your calls or reply your message. sorry but my heart can't accept that you have HER as your best friend. i would much prefer HIM. can you differentiate between HER and HIM, sayang? haih.

susah kan i ni. tapi i jadi macam ni bersebab. bukan i saja2 nak jadi macam ni. i pun tak larat nak gaduh dengan you. i hanya nak berhati-hati. i've been through too many heart breaking before and i don't want it happen twice or more. i jaga dengan siapa i kawan terutamanya lelaki. tapi i tak sangka you take it way too easy. and you anggap she's just your friend, there's nothing between you and her and bla bla bla bla. you tak boleh fikir kalau you keluar dengan dia apa pulak yang i akan fikir. i thought you know me well.

yeap! she's gorgeous. i dah tengok gambar2 dia. she's got style. yelah. student overseas kan. tak macam i. panda gemuk hodoh macam babi. perangai macam setan. bodoh pulak tu. setakat study UKM saja kan. you wont attract so much. no wonder you boleh jadi rapat sangat dengan dia. thanks, sayang. i menangis kat sini you wont bother too much is it? yang you kisahkan ialah "another 21 days nak jumpa dia kan". shit!

Thursday, August 26, 2010

My First Charity Work

this is my second event with Sekretariat Rakan Muda UKM. it was held on 21 until 22 August 2010. we spent 2 days and 1 night at Lambaian Kasih Orphanage. they were awesome and cute too. oh ya! i've met a bunch of new friends, there. nice meeting you guys. :) so, less talk but more pictures. haha. :P


*hugs and kisses.nighty-nighty night. :)