Tuesday, January 25, 2011

Polis Malaysia

dah lama tak berblogging. bila nak menulis balik aku rasa kekok. haih. apa aku merepek ni. hmm. (sekadar bebelan halus di dalam hati)

tadi blog walking. macam biasa lah. stalk orang sana sini. haha. idzyan ada kisah dia kena tahan dengan polis. aku pun ada. kisah yang sama. kena tahan pasal expired roadtax tapi versi lain.

roadtax kura-kura putih aku expired pada 14hb januari 2011. dengan selambanya pada 15-16hb januari 2011 aku meronggeng dari siang sampai ke malam. berbekalkan semangat yakin boleh, aku memandu kura-kura putih ke sana ke sini tanpa rasa takut. :D

on the way dari UKM ke rumah Kak Rosy di semenyih, tiba-tiba ada roadblock. dalam hati dah menggelabah tapi aku cuba maintain cool. konon-konon takda buat salah kan. haha. as predicted, memang abang polis tu tahan aku. dia mintak lesen dan kad pengenalan. aku pun bagi dengan student card sekali. dia tengok. dia soal siasat aku. mentang-mentanglah polis kan.

polis : awak nak ke mana ni?
aku : nak balik rumah kakak. dekat taman jasmin depan tu.
polis : awak tau tak roadtax awak ni dah mati?
aku : tau. ayah saya dah pos kan. isnin ni sampai lah.
polis : betul ni?
aku : yelah. saya sanggup hari isnin ni kena tahan lagi.
polis : (ketawa) bagi phone number awak.
aku : 012-497.....eh? nak buat apa?
polis : saya nak pastikan awak dah tampal roadtax baru nanti.
aku : oh. okay. (blur)
polis : lepas ni terus pergi rumah kakak tau.
aku : baik, encik! (senyum)

the next day, polis tu ajak keluar. senang kan ending cerita aku? haha.


1 comment: