tinggal di kedah yang permai dan belajar di bangi yang maju menyebabkan aku terpaksa naik turun flight selalu. okay exaggerate sedikit. tak naik flight pun, cuma naik turun bas saja. haha. jadi setelah menjadikan aktiviti naik turun bas sebagai hobi tetap, aku ada perhatikan sedikit sebanyak apa yang orang malaysia selalu buat dalam bas.
berikut adalah jenis- jenis orang yang aku selalu elak dan aku harap aku tak tergolong dalam golongan ini :
1. peramah tak ingat dunia. jenis yang macam ni, dia terlebih mesra rakyat sikit. hampir semua orang dalam bas dia nak tegur. ada pernah sekali tu, aku baru nak duduk. tiba-tiba ada seorang lelaki sebelah kiri aku tegur, "nak pegi mana?". aku jawab. dia tanya lagi, "nak buat apa? orang sana ke?". aku senyum dan jawab lagi dan dia tanya lagi, "seorang saja ka?". haih abang oi. banyak betul soalan dia. *bisik hati kecil aku* aku pun jawab sepatah. dan apabila dia toleh ke arah lain, cepat-cepat aku pakai earphone. aku buat-buat tidur. guess what? aku dengar dia borak dengan orang sebelah lain pulak. aku pedulikan. bila dia nampak aku buka earphone, terus dia tanya aku soalan bertalu-talu. aduhai. abang oh abang, saya naik bas bukan nak beramah mesra dengan abang atau nak tambahkan lagi contact list. bunyi sedikit angkuh di situ tapi agak-agak lah kalau nak ramah sangat pun. apa yang ajaibnya, bila dia turun dari bas, suasana macam sunyi tiba tiba. haha.
2. volume kuat. ni jenis yang aku tak berapa nk gemar sangat. jenis yang cakap telefon kuat-kuat. saya tahu akak ada handphone, saya takda. sila hormat penumpang lain. cakap tu berpada-pada sikit, saya tak berminat nak tahu perbualan akak tu. ada seorang pak cik ni, berborak tak nak kalah. main beribu-ribu ringgit. cakap kuat pulak tu, "hah! duit 5 ribu hari tu dah habis dah, ni ada lagi duit 5 ribu kat aku ni". aku tak hairan kalau turun dari bas tu, pak cik kena culik. dia yang mengundang. lepas tu, handphone dia tak berhenti berbunyi pula tu. ye lah pak cik, saya takda duit beribu-ribu, pak cik seorang ja yang ada.
3. drama queen. ouh yang ni aku sangat-sangat tidak gemar. SANGAT OKAY. ada sekali tu, baru dapat lelap mata. tiba-tiba aku dengar suara orang menangis teresak-esak. aku tengok luar. gelap. banyak pokok. aku cakap dalam hati, "ponti oh ponti, aku tak kacau kau pun. kau jangan kacau aku". aku ingat dah okay. rupa-rupanya makin teruk dia menangis. aku tengok orang sebelah, dia tidur cool ja. orang depan tidur sampai senget-senget kepala. haih. aku dah pelik tapi maintain cool lagi. aku tengok orang belakang. dia tengah menangis. huh. lega! aku pun sambung tidur balik. baru ja nak lelap mata sekali lagi. aku dengar orang cakap, "abang la gatal! sayang dah cakap jangan curang. abang degil. sayang benci abang. bla bla bla". biasa lah malam kan. jadi, satu bas senyap. dia cakap macam berbisik, tapi macam bisik kat telinga aku. aduh, kacau daun! "sayang benci abang!". haha. pulak dah. adik oh adik. kalau dah benci sangat, end call, off your phone, tidur. esok bila dah tak benci, call balik. ini bukan sekali dua ja tau. banyak kali jadi. mungkin orang tak perasan, tapi orang depan boleh dengar apa yang orang belakang cakap. jangan nak berdrama sangat.
4. berdengkur. yang ni memang tak boleh nak elak dan aku pun tak salahkan mereka yang berdengkur. tapi kalau dah tau awak tidur berbunyi, apa salahnya pakai breath right tu. aku kalu seorang berdengkur tu takpa. boleh handle telinga lagi. tapi kalau dah tiga empat orang dalam satu bas berdengkur macam nak buat orchestra dengkuran, lemah jugak aku.
5. ibu jari bengkak. ni bengkak bukan sebab terketuk dengan hammer atau apa. tapi sebab rajin ber-sms. yang ini tak salah tapi jadi annoying bila telefon kau orang setiap satu minit bunyi. satu minit bunyi. lagu pulak tak nak kalah. bukan setakat ting tong, nak lagu rihanna ja. tak pun justin bieber. sikit sikit, "baby baby baby ouhhhh". apa salahnya kalau dah tahu nak ber-sms dgn kencang, kau orang tukar message alarm ke bunyi yang kurang annoying bila berbunyi berkali-kali. atau pun silence saja. kan tak mengganggu orang lain kan. mungkin juga orang tak perasan, tapi bila dah baca ni, harap faham sendiri okay.
6. artis hebat. haha. kes ini boleh jadi annoying dan juga kelakar. ada jenis orang yang dengar lagu, pakai earphone, dan turut bersama-sama menyanyikan lagu yang dia dengar agar semua orang tahu yang handphone dia canggih. boleh simpan lagu. pernah sekali, aku dengar orang depan aku mengerang kesakitan. aku ingat kan dia sakit ke apa, rupa-rupanya dia tengah menyanyi. lagu apa yang dia dengar pun aku tak tahu sebab aku pun tak paham. orang sebelah aku dah bantai gelak gelak. kadang-kadang kita tak perasan yang kita nyanyi kuat. jadi tips nya, slow kan volume lagu supaya kita boleh dengar suara kita sendiri. baru tahu kuat ke tak. pernah juga ada kes macam ni. perempuan yang nyanyi. amboi nyanyi tak nak kalah. kuat gila dan sangat mengjengkelkan. aku rasa macam nak berdiri depan dia, cabut earphone dan pijak pijak! haha zalim.
aku faham yang masing-masing beli tiket dengan harga yang sama. masing-masing ada hak sendiri dalam bas. suka hati la nak buat apa pun kan. tapi beragak la, jangan sampai kacau hak orang lain. sekian :)
ps : yeahh! ini entry paling panjang aku pernah buat. tepuk tangan sikit!
ps : yeahh! ini entry paling panjang aku pernah buat. tepuk tangan sikit!